Monday, April 27, 2009

KULIAH 2 (27 April 09)

REKABENTUK KAJIAN TINDAKAN

1. Rancang
2. Tindakan
3. Pemerhatian
4. Refleksi

AKTIVITI 1

Masalah yang dapat dikenal pasti dalam diri saya ialah:
1. Kurang persediaan terhadap sesuatu kerja atau yang diberikan/dipertanggungjawab.
2. Membuat sesuatu kerja secara tidak terancang dan kelam kabut.

Penambah baikan.
1. Membuat ulangkaji terhadap bidang tugas dengan lebih awal.
2. Melakukan persediaan yang cukup.
3. Tingkatkan prestasi diri dengan munasabah.

Matlamat Umum
- Menjadi seorang yang lebih peka, terancang dan proaktif untuk mencapai matlamat yang
diinginkan serta memperbaiki diri.

Objektif
Menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab dan sensitif terhadap tugas/kerja yang diberikan.

Pelan Tindakan
1. Mengulangkaji tentang bidang tugas/kerja yang diberikan supaya lebih faham.
Lakukan dengan lebih awal.

2. Mengumpul data yang menyeluruh tentang bidang tugas dan kerja yang diberikan.

3. Menganalisis sikap sendiri supaya lebih terancang, komited dan serius terhadap tugas yang
diberikan.

Pemantauan

1. Dilakukan dengan menetapkan tarikh dan masa yang tertentu supaya pemantauan terhadap tindakan dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik dan terancang.

2. Meminta kerjasama daripada sahabat untuk mengingatkan tentang tindakan yang perlu dilakukan.

Penilaian

1. Saya menilai dengan melihat kepada perubahan yang dilakukan terhadap pantauan dan tindakan yang dilakukan berdasarkan kepada masa atau tarikh yang ditetapkan dari masa ke semasa.

2. Perubahan yang dilakukan mengikut masa dan tarikh tersebut mestilah bertambah maklumatnya.

3. Melihat kepada perubahan sikap sendiri sama ada lebih terancang, komited dan lebih serius terhadap tugas serta tanggungjawab yang diberikan.

AKTIVITI 2

Selepas mengikuti kursus kaedah mengajar, nyatakan:
1) Refleksi ke atas masalah/ penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu
tajuk.
2) Cadangkan satu strategi/ kaedah pengajaran untuk mengatasi masalah tersebut.

Masalah dalam pengajaran dan pembelajaran:
  • Kelemahan dalam teknik bercerita dalam tajuk sirah.
  • Kurang persediaan dan penguasaan terhadap tajuk.

Penambahbaikan

  • Memperbanyakkan bacaan ilmiah tentang kemahiran bercerita dengan baik.
  • Merancang dan membuat persediaan awal sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran serta menguasai keseluruhan tajuk pembelajaran.

Matlamat Umum

  • Memperbaiki kelemahan diri tentang teknik pengajaran dalam pembelajaran.

Cadangan strategi

  • Mencari, membaca dan memahami teknik-teknik bercerita dalam buku.
  • Mempraktikkan teknik bercerita yang didapati dalam pengajaran dan pembelajaran.
  • Bertukar-tukar teknik bercerita mengikut situasi/ respon pelajar di dalam kelas.
  • Meminta pandangan orang lain atau respon rakan-rakan guru terhadap teknik penceritaan sendiri.
  • Membuat persediaan awal.
  • Menguasai sepenuhnya tajuk pembelajaran.

No comments:

Post a Comment