Sunday, May 10, 2009

KULIAH 3 (4 April 09)

PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

KONSEP Perubahan dalam pendidikan


  • Bidang pendidikan telah, sedang dan akan menjadi faktor paling utama untuk menyediakan manusia menghadapi cabaran masa depan.
  • Perubahan dalam pendidikan => Tidak dapat dielakkan

Menurut Oliver(1996):

Dalam buku The Management of Educational Change: A Case Study Approach, perubahan didapati lebih menggambarkan ciri2 pendidikan berbanding dengan kestabilan.

  • Perubahan yang berlaku kadang kala mewujudkan ketidakpastian.
  • dalam pendidikan ketidakpastian mesti dielakkan kerana jika berlaku ia akan meruntuhkan masa depan generasi muda.

JENIS-JENIS PERUBAHAN

Desler (1995) menyatakan terdapat 4 jenis perubahan:

1) Perubahan ke arah Peningkatan

* Perubahan ini memberi kesan kepada komponen2 tertentu dalam organisasi berikut:

  • Berlaku perubahan dalam struktur organisasi
  • Memperkenalkan teknologi baru
  • Mengadakan program pembangunan staf untuk meningkatkan komitmen dan produktiviti staf

2) Perubahan Strategi Organisasi

* Melibatkan keseluruhan organisasi seperti:

  • Mendefinisikan semula peranan organisasi
  • Perubahan nilai teras organisasi
  • Pembentukan semula misi
  • Perubahan struktur & strategi organisasi
  • Mendefinisi semula staf dari segi tugas, peranan, tanggungjawab dan sistem ganjaran

**

  1. PERUBAHAN REAKTIF

* Berlaku akibat tindak balas langsung daripada pelanggan dan pihak berkepentingan (stake holders)

  • Kepekaan pelanggan & stakeholders terhadap isu2 persekitaran & etika memerlukan organisasi melakukan perubahan
  • Perubahan dari segi prosedur & cara layanan pelanggan hendaklah dilakukan

2. PERUBAHAN AKIBAT DARIPADA JANGKAAN

* Perubahan dilakukan bukan disebabkan oleh desakan pelanggan tetapi kerana terdapatnya kesedaran dalam kalangan pengurusan yang perlu diadakan perubahan bagi memastikan organisasi memperolehi kebaikan kompetitif. Antara sebab2 perubahan dilakukan adalah:

  • Persiapan menghadapi pesaing baru yang akan muncul
  • Persiapan terhadap kemungkinan berlakunya perubahan ke atas kehendak pelanggan
  • Penciptaan baru teknologi yang memerlukan organisasi berubah
  • Persiapan menghadapi perubahan polisi kerajaan
  • Perubahan dalam trend tenaga kerja

PERUBAHAN ADALAH KOMPLEKS

* Perubahan dikaitkan dengan proses EVOLUSI dan REVOLUSI.

EVOLUSI > Perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh panjang

REVOLUSI >***

PERUBAHAN ITU MULTIDIMENSI

* Sebarang keputusan yang diambil untuk mengadakan perubahan melibatkan pelbagai pertimbangan

*Antara pertimbangan itu adalah untuk mengenalpasti semua dimensi yang berkaitan dengan perubahan

* Terdapat 6 dimensi:

  1. Tujuan perubahan
  2. Unit perubahan
  3. Sifat perubahan
  4. Magnitud perubahan
  5. Skop perubahan
  6. Jengka masa perubahan

KERJA KUMPULAN

Nyatakan sebab mengapa orang menentang perubahan dan bincangkan cara penyelesaian.

Sebab:-

  1. Perubahan dilakukan adalah secara drastik.
  2. Perubahan dilakukan tanpa mengambil kira kesan jangka panjang.
  3. Sesuatu perubahan yang dilakukan dianggap sebagai perosak kepada apa yang sedia ada.
  4. Sikap sesetengah individu yang ortodok/rigid terhadap sesuatu perubahan yang ingin dilakukan.
  5. Penyalahtafsiran terhadap tujuan sesuatu perubahan.
  6. Perubahan yang sedikit tetapi melibatkan semua organisasi.
  7. Perubahan dalam skala yang besar memerlukan perancangan yang rapi dan sukar dilakukan.
  8. Perubahan yang dilakukan tidak memenuhi kehendak komuniti.

CARA PENYELESAIAN

  1. Perubahan yang dilakukan mestilah dirancang secara teliti dan mengambil kira kesan jangka pendek dan panjang.
  2. Menunjukkan perlaksanaan kepada perubahan yang dilakukan memberikan impak yang positif dan menguntungkan semua pihak.
  3. Perlu mengambil kira pandangan orang di sekeliling yang akan menerima perubahan.
  4. Individu yang ortodoks perlu merubah sikap supaya lebih bersikap terbuka dan menerima perubahan yang hendak dilakukan.
  5. Untuk mengelakkan penyalahtafsiran terhadap tujuan sesuatu perubahan, tujuan atau matlamat mestilah jelas dan terancang.
  6. Perlu mengambil kira tentang semua organisasi yang terlibat walaupun perubahan yang sedikit dilaksanakan.
  7. Perubahan yang dilakukan memerlukan perancangan yang rapi dan menyeluruh.
  8. Sebelum melakukan perubahan, perlu membuat kajian terlebih dahulu seperti mengenalpasti jenis2 perubahan yang boleh memenuhi tuntutan/keperluan komuniti.

2 comments: