Tuesday, May 26, 2009

ULASAN JURNAL

PERBANDINGAN (PERSAMAAN & PERBEZAAN)
SAMPEL
  • JURNAL 1 : Pelajar sekolah
  • JURNAL 2 : Guru dan Pelajar
  • JURNAL 3 : Guru dan Pelajar

SETTING

  • JURNAL 1 : Kajian ini dijalankan di sekolah di Knox County, Tennessee
  • JURNAL 2 : Kajian ini dijalankan di bilik darjah sekolah tahap pertengahan
  • JURNAL 3 : Kajian ini dijalankan di sekolah untuk pelajar yang dipenjara

PROSEDUR

JURNAL 1

  1. Pemerhatian terhadap pelajar
  2. Pra dan Post-test Data
  3. Tinjauan
  4. T-test Data

JURNAL 2

  1. Bersedia dengan pengetahuan asas tentang Pra-Post Test
  2. Pemerhatian untuk menilai pelaksanaan
  3. Penilaian tentang kandungan pengetahuan Pra-Post Test

JURNAL 3

  1. Penilaian kerosot bersama pengajaran
  2. Penilaian dan penulisan
  3. Pemahaman dan metakognitif
  4. Penulisan dan penulisan tambahan
  5. Kaedah pengajaran kritikal

PENGUMPULAN DATA

JURNAL 1

  • Ukur masa Pra-Test
  • Tinjauan penyelesaian masalah
  • Teknik perbincangan dan menyelesaikan masalah
  • Mencatat jawapan pelajar
  • Pra-Test dan tinjauan selepas 5 minggu

JURNAL 2

  • Penyelesaian masalah dan Pra-Post Test
  • Skor daripada instrumen pemerhatian
  • Pemerhatian persembahan pelajar
  • Pra-Post Test pada hari 1 dan ke-2 kelas

JURNAL 3

  • Pra dan Post-Questionnaire
  • Pembacaan
  • Penilaian

PENGANALISISAN DATA

JURNAL 1

  1. Berdasarkan jawapan betul salah
  2. Sistem mata
  3. Strategi yang digunakan
  4. Dilakukan sebelum dan selepas kelas
  5. Berdasarkan keputusan pelajar

JURNAL 2

  1. Kuantitatif - Multivariate Analisis of Varience (MANOVA)
  2. Data daripada 3 instrumen di masukkan dalam SPSS
  3. Kebolehlaksanaan pendekatan model video
  4. Kuantitatif - Pendekatan analisis Erickson

JURNAL 3

  • Tidak diterangkan secara spesifik.
  • Data hasil temubual daripada pelajar dan guru

PERBEZAAN KETIGA-TIGA JURNAL

JURNAL 1

Dalam jurnal kajian tindakan ini, hanya melibatkan pelajar sebagai sampel. Manakala prosedur dalam jurnal ini melibatkan 4 prosedur dan yang membezakan dengan dua jurnal lagi ialah tinjauan yang dilakukan terhadap sampel. Selain itu, langkah2 prosedur yang dibuat diterangkan secara terperinci.

JURNAL 2

Jurnal ini pula melibatkan guru dan pelajar sekolah dalam kajian tindakan yang dilakukan. Setting pula adalah dilakukan di bilik darjah yang dipilih daripada 10 orang guru dari kelas yang berbeza. Pelajar pula terdiri daripada jenis bangsa yang berlainan jenis. Prosedur yang dibuat melibatkan 3 instrumen iaitu pengetahuan asas tentang Pre-Post Test, Pemerhatian dan Penilaian. Pengumpulan data pula dijelaskan secara terperinci manakala analisis data pula melibatkan Kuantitatif, Kualitataif, data daripada 3 instrumen serta penilaian.

JURNAL 3

Jurnal yang terakhir ini pula melibatkan guru dan pelajar sekolah juga sebagai sampel. Tetapi tempat kajian dilakukan di sekolah yang menempatkan pelajar2 yang dipenjara kerana yang melakukan jenayah juvana iaitu remaja bawah umur iaitu antara 12-21 tahun. Di dalam jurnal ini tidak menceritakan tentang prosedur dan analisis data secara spefisifik jadi sukar untuk mengenalpasti kaedah atau langkah2 yang digunakan dala kajian tindakan ini.

ULASAN JURNAL KAJIAN TINDAKAN

TUGASAN
Dapatkan 3 jurnal luar negara berkenaan kajian tindakan dalam pendidikan

LAKUKAN:

1. Perbandingan (Perbezaan&Persamaan)
2. Penganalisisan & Penilaian
3. Rumusan & Sintesis

BERDASARKAN:
  1. Sampel
  2. Setting
  3. Prosedur
  4. Pengumpulan dan Analisis Data

TAJUK JURNAL

JURNAL 1
Tajuk: Increasing Problem Solving Skills in Fifth Grade Advanced Mathematics Students
Pengarang: Jobrina Gale Ellison
Tempat: Knox Country Elementary School in Knox Coutry, Tennessee
Tahun: January 2009, Volume 3, Number 1


JURNAL 2
Tajuk: Effect Of Video Modeling On Implementation Of Literature Circles In Inclusive
Content Area Classroom
Pengarang: Chris O'Brien The University Of Carolina at Charlotte
Lisa A. Dieker University of Central Florida
Tahun: July 2008, Volume 2, Number 2


JURNAL 3
Tajuk: Liberating Reading Instruction: Professional Development For Content Area Teacher
At A School For Incarcerated Youth
Pengarang: Barbara Laster, Towson University
Tahun: July 2008, Volume, Number 2

Saturday, May 23, 2009

ULASAN BUKU

BAB 1 : PENGENALAN KAJIAN TINDAKAN

Dalam bab ini, dinyatakan. Apakah itu penyelidikan?

* Penyelidikan ialah pengumpulan, perbentangan dan analisis data yang sistematik.

Kenapa perlu penyelidikan?
Terdapat 3 sebab,iaitu:

1. Untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran

- Penyelidikan sesuatu yang menarik dan sebagai salah satu cara untuk membina penerangan yang asas dalam sesuatu peristiwa atau fenomena. Pendekatan yang sistematik diperlukan dan terbina berdasarkan arahan dan organisasi. Semakin banyak asasnya, semakin meningkatlah pengajaran dan pembelajaran.

2. Untuk menjana teori baru

- Menurut teori Mcniff dan Whitehead (2005), kajian tindakan ini jelas dan memainkan peranan yang penting dalam menggalakkan guru untuk terlibat dalam penjanaan teori baru kerana guru mempunyai kuasa mencipta teori dan memperkenalkannya.

3. Untuk melihat perkembangan kemahiran berfikir pelatih

- Kajian tindakan penting dan berguna yang menjadi teraju dalam meningkatkan pengajaran dan pembelajaran serta menjana teori baru. Proses penyelidikan merupakan alat dalam pembangunan pemikiran pelatih menurut kajian Schon dan Brockbank et. al (2002).

Terdapat beberapa pendekatan dalam kajian iaitu 1) Positivisme, iaitu pendekatan yang mengiktiraf fakta dan pemerhatian dengan menyatakan bahawa keperluan dunia boleh dipertimbangkan melalui bukti emperikal dan pemerhatian saintifik serta keputusan kajian mestilah fakta dan benar.2) Interpretivisme, adalah anti-Positivisme dan menyatakan bahawa dunia ini adalah interpretasi oleh sesiapa yang mempunyai hubungan dengannya. Ia menggunakan pendekatan kualitatif yang mana pengkaji memahami persepsi individu tentang dunia. 3) Kajian Eksperimental, adalah berbentuk positivisme dan kajian kualitatif dan selalunya adalah hipotesis sama ada eksperimen tersebut diterima atau ditolak.4) Kajian kes, ini ialah pendekatan yang berguna kepada individu yang ingin membuat kajian tentang sesuatu aspek masalah atau isu secara mendalam. 5) Ethnography, bentuk kajian yang asalnya dibangunkan oleh antropologis yang berhasrat untuk mengkaji budaya sesuatu etnik secara mendalam.

BAB 2: MEMBUAT PENCARIAN DAN KAJIAN KEPUSTAKAAN

Dalam bab ini, penulis menerangkan tentang apa yang dimaksudkan dengan pencarian dan kajian tindakan. Sebelum memulakan pencarian, seseorang pengkaji itu mestilah mempunyai kemahiran membaca iaitu mengimbas, skimming iaitu membentuk keseluruhan idea tentang isi sesuatu buku atau artikel, membaca untuk memahami iaitu dengan membaca secara terperinci untuk mendapatkan isi-isi penting dan membaca secara cepat untuk melatih cara membaca supaya dapat meningkatkan kemahiran-kemahiran yang lain terutama kemahiran membaca. Manakala kajian kepustakaan pula menurut penulis adalah penting kerana apa yang kita baca dapat memberi kita idea yang praktikal serta inspirasi yang dapat membangunkan mutu kerja, membantu mengenalpasti sesuatu fokus dan sebagainya. Antara sumber kajian kepustakaan ialah perpustakaan yang sememangnya menjadi tempat untuk mendapatkan maklumat dan pelbagai ilmu. selain itu, melalui internet yang merupakan jaringan hubungan yang meluas serta terkini.

BAB 3: PENGUMPULAN DATA

Dalam proses pungumpulan data terdapat banyak faktor yang mempengaruhi pemilihan metodologi koleksi data. Tetapi yang terpenting adalah kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu data yang diperolehi. Antara metodologi yang selalu digunakan oleh bakal guru atau pelatih di sekolah ialah dengan melalui:

  1. Pemerhatian
  2. Penyoalan
  3. Temubual

BAB 4: ANALISIS DATA

Menurut Freeman (1998: 96), beliau menggambarkan tentang proses kajian tindakan sebagai menyiasat sesuatu. Sebagai pengkaji, kita merasakan bahawa kita telah mengetahui semua perkara, tetapi dalam melakukan penyiasatan kita memaksa diri kita untuk menyelidik untuk mendedahkan sesuatu, untuk bertanya bukan kerana kita adalah orang yang telah melakukan kesalahan tetapi untuk mencari kebenaran serta sebab berlakunye sesuatu. Untuk melakukan semua ini, Freeman telah mengenalpasti 4 jenis aktiviti yang diperlukan untuk menganalisis data iaitu:

  1. Menamakan
  2. Mengkategorikan
  3. Mencari hubungkait
  4. Menunjukkan hasil kajian

BAB 5: MENULIS LAPORAN

Menurut penulis, beliau menyatakan bahawa sebelum memulakan proses menulis laporan, kita hendaklah terlebih dahulu:

1- Merancang untuk menulis

Iaitu dengan memikirkan dan mencatat terlebih dahulu apa yang akan kita lakukan, kenapa dan bagaimana kita melakukannya, bagaimana kita menilai dan mentaksir, apakah jenis input dan apakah cadangan yang akan kita laksanakan untuk masa hadapan.

2- Menulis laporan-asas kaji selidik

Dalam menulis laporan pula, hendaklah mempunyai penerangan tentang projek penyelidikan dan pencarian yang diperolehi kepada orang lain. Kebanyakan laporan mengandungi kandungan seperti berikut:

  1. Muka Depan
  2. Penghargaan
  3. Isi kandungan
  4. Abstrak/Ulasan/Sinopsis
  5. Pengenalan
  6. Kajian Kepustakaan
  7. Metodologi
  8. Hasil dapatan
  9. Analisis/pentaksiran/perbincangan
  10. Kesimpulan
  11. Cadangan
  12. Bibliografi
  13. Lampiran

BAB 6: MANFAAT DARIPADA KAJIAN TINDAKAN

Hasil daripada kajian tindakan yang dilakukan, seharusnya mempunyai faedah serta manfaat kepada orang sekeliling kita. Antara manfaat yang dapat diperolehi daripada kajian tindakan ialah:

  • Kita dapat berkongsi hasil kerja kita sebagai sebahagian daripada proses penilaian.
  • Melalui perbentangan kita dapat mengetahui kelemahan yang dilakukan tanpa disedari
  • Dapat mempengaruhi dalam melakukan perubahan dan pembangunan
  • Pembangunan yang profesional untuk membantu staf
  • Dapat bekerja sebagai rakan dalam satu pasukan
  • Dapat bekerja bersama ahli profesional yang lain

ULASAN BUKU

NAMA BUKU : Doing Action Research: A Guide For School Support Staff
PENGARANG : Claire Tylor, Min Wilkie, Judith Baser
TAHUN : 2006
PENERBIT : Paul Chapman Publishing

Buku ini mengandungi 6 bab:
  • Bab Satu : Memperkenalkan Kajian Tindakan
  • Bab Dua : Membuat Kajian Kepustakaan
  • Bab Tiga : Mengumpul Data
  • Bab Empat: Menganalisis Data
  • Bab Lima : Menulis Laporan
  • Bab Enam : Manfaat Daripada Kajian Tindakan.

Saturday, May 16, 2009

KULIAH 4 (11 April 09)

Kajian Kepustakaan

* Sorotan ka atas bahan-bahan literature seperti buku, jurnal, artikel seminar dan laporan.
* Dilakukan secara kritikal ke atas point-point penting.

* Guru meneliti/menyelidik/mengkaji secara sistematik ke atas sesuatu amalan bagi tujuan penambahbaikan dalam bagaimana sesuatu pengajaran, teknik serta strategi dapat dipertingkatkan dan memberi impak kepada pelajar.

Literature Review
- Melihat bagaimana orang lain mengumpul data bagi sesuatu kajian.

Membandingkan dan Membezakan

- Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa.

Langkah Penggunaan:
  • Perhatikan dan memberi tumpuan kepada satu atau beberapa ciri kajian tindakan (sampel, setting, prosedur, pengumpulan dan penganalisisan data.
  • Kenalpasti ciri kajian tindakan itu.

MENGANALISIS

  • Mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat.
  • Kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubungkait antara bahagian dan mengenali prinsip yang terlibat.
  • Menganalisis ialah sesuatu kemahiran yang kompleks menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir.

MENILAI

  • Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara daripada segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti atau dalil yang sah.
  • Kemahiran ini digunakan untuk membuatkan bagi:
  1. Memilih sesuatu
  2. Menerima atau menolak sesuatu idea

MEMBUAT KESIMPULAN

  • Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan
  • Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal dan menyokong pernyataan

MENSINTESIS

  • Menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan, esei, lukisan dan artifak.

Sunday, May 10, 2009

KULIAH 3 (4 April 09)

PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

KONSEP Perubahan dalam pendidikan


  • Bidang pendidikan telah, sedang dan akan menjadi faktor paling utama untuk menyediakan manusia menghadapi cabaran masa depan.
  • Perubahan dalam pendidikan => Tidak dapat dielakkan

Menurut Oliver(1996):

Dalam buku The Management of Educational Change: A Case Study Approach, perubahan didapati lebih menggambarkan ciri2 pendidikan berbanding dengan kestabilan.

  • Perubahan yang berlaku kadang kala mewujudkan ketidakpastian.
  • dalam pendidikan ketidakpastian mesti dielakkan kerana jika berlaku ia akan meruntuhkan masa depan generasi muda.

JENIS-JENIS PERUBAHAN

Desler (1995) menyatakan terdapat 4 jenis perubahan:

1) Perubahan ke arah Peningkatan

* Perubahan ini memberi kesan kepada komponen2 tertentu dalam organisasi berikut:

  • Berlaku perubahan dalam struktur organisasi
  • Memperkenalkan teknologi baru
  • Mengadakan program pembangunan staf untuk meningkatkan komitmen dan produktiviti staf

2) Perubahan Strategi Organisasi

* Melibatkan keseluruhan organisasi seperti:

  • Mendefinisikan semula peranan organisasi
  • Perubahan nilai teras organisasi
  • Pembentukan semula misi
  • Perubahan struktur & strategi organisasi
  • Mendefinisi semula staf dari segi tugas, peranan, tanggungjawab dan sistem ganjaran

**

  1. PERUBAHAN REAKTIF

* Berlaku akibat tindak balas langsung daripada pelanggan dan pihak berkepentingan (stake holders)

  • Kepekaan pelanggan & stakeholders terhadap isu2 persekitaran & etika memerlukan organisasi melakukan perubahan
  • Perubahan dari segi prosedur & cara layanan pelanggan hendaklah dilakukan

2. PERUBAHAN AKIBAT DARIPADA JANGKAAN

* Perubahan dilakukan bukan disebabkan oleh desakan pelanggan tetapi kerana terdapatnya kesedaran dalam kalangan pengurusan yang perlu diadakan perubahan bagi memastikan organisasi memperolehi kebaikan kompetitif. Antara sebab2 perubahan dilakukan adalah:

  • Persiapan menghadapi pesaing baru yang akan muncul
  • Persiapan terhadap kemungkinan berlakunya perubahan ke atas kehendak pelanggan
  • Penciptaan baru teknologi yang memerlukan organisasi berubah
  • Persiapan menghadapi perubahan polisi kerajaan
  • Perubahan dalam trend tenaga kerja

PERUBAHAN ADALAH KOMPLEKS

* Perubahan dikaitkan dengan proses EVOLUSI dan REVOLUSI.

EVOLUSI > Perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh panjang

REVOLUSI >***

PERUBAHAN ITU MULTIDIMENSI

* Sebarang keputusan yang diambil untuk mengadakan perubahan melibatkan pelbagai pertimbangan

*Antara pertimbangan itu adalah untuk mengenalpasti semua dimensi yang berkaitan dengan perubahan

* Terdapat 6 dimensi:

  1. Tujuan perubahan
  2. Unit perubahan
  3. Sifat perubahan
  4. Magnitud perubahan
  5. Skop perubahan
  6. Jengka masa perubahan

KERJA KUMPULAN

Nyatakan sebab mengapa orang menentang perubahan dan bincangkan cara penyelesaian.

Sebab:-

  1. Perubahan dilakukan adalah secara drastik.
  2. Perubahan dilakukan tanpa mengambil kira kesan jangka panjang.
  3. Sesuatu perubahan yang dilakukan dianggap sebagai perosak kepada apa yang sedia ada.
  4. Sikap sesetengah individu yang ortodok/rigid terhadap sesuatu perubahan yang ingin dilakukan.
  5. Penyalahtafsiran terhadap tujuan sesuatu perubahan.
  6. Perubahan yang sedikit tetapi melibatkan semua organisasi.
  7. Perubahan dalam skala yang besar memerlukan perancangan yang rapi dan sukar dilakukan.
  8. Perubahan yang dilakukan tidak memenuhi kehendak komuniti.

CARA PENYELESAIAN

  1. Perubahan yang dilakukan mestilah dirancang secara teliti dan mengambil kira kesan jangka pendek dan panjang.
  2. Menunjukkan perlaksanaan kepada perubahan yang dilakukan memberikan impak yang positif dan menguntungkan semua pihak.
  3. Perlu mengambil kira pandangan orang di sekeliling yang akan menerima perubahan.
  4. Individu yang ortodoks perlu merubah sikap supaya lebih bersikap terbuka dan menerima perubahan yang hendak dilakukan.
  5. Untuk mengelakkan penyalahtafsiran terhadap tujuan sesuatu perubahan, tujuan atau matlamat mestilah jelas dan terancang.
  6. Perlu mengambil kira tentang semua organisasi yang terlibat walaupun perubahan yang sedikit dilaksanakan.
  7. Perubahan yang dilakukan memerlukan perancangan yang rapi dan menyeluruh.
  8. Sebelum melakukan perubahan, perlu membuat kajian terlebih dahulu seperti mengenalpasti jenis2 perubahan yang boleh memenuhi tuntutan/keperluan komuniti.

Monday, April 27, 2009

KULIAH 2 (27 April 09)

REKABENTUK KAJIAN TINDAKAN

1. Rancang
2. Tindakan
3. Pemerhatian
4. Refleksi

AKTIVITI 1

Masalah yang dapat dikenal pasti dalam diri saya ialah:
1. Kurang persediaan terhadap sesuatu kerja atau yang diberikan/dipertanggungjawab.
2. Membuat sesuatu kerja secara tidak terancang dan kelam kabut.

Penambah baikan.
1. Membuat ulangkaji terhadap bidang tugas dengan lebih awal.
2. Melakukan persediaan yang cukup.
3. Tingkatkan prestasi diri dengan munasabah.

Matlamat Umum
- Menjadi seorang yang lebih peka, terancang dan proaktif untuk mencapai matlamat yang
diinginkan serta memperbaiki diri.

Objektif
Menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab dan sensitif terhadap tugas/kerja yang diberikan.

Pelan Tindakan
1. Mengulangkaji tentang bidang tugas/kerja yang diberikan supaya lebih faham.
Lakukan dengan lebih awal.

2. Mengumpul data yang menyeluruh tentang bidang tugas dan kerja yang diberikan.

3. Menganalisis sikap sendiri supaya lebih terancang, komited dan serius terhadap tugas yang
diberikan.

Pemantauan

1. Dilakukan dengan menetapkan tarikh dan masa yang tertentu supaya pemantauan terhadap tindakan dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik dan terancang.

2. Meminta kerjasama daripada sahabat untuk mengingatkan tentang tindakan yang perlu dilakukan.

Penilaian

1. Saya menilai dengan melihat kepada perubahan yang dilakukan terhadap pantauan dan tindakan yang dilakukan berdasarkan kepada masa atau tarikh yang ditetapkan dari masa ke semasa.

2. Perubahan yang dilakukan mengikut masa dan tarikh tersebut mestilah bertambah maklumatnya.

3. Melihat kepada perubahan sikap sendiri sama ada lebih terancang, komited dan lebih serius terhadap tugas serta tanggungjawab yang diberikan.

AKTIVITI 2

Selepas mengikuti kursus kaedah mengajar, nyatakan:
1) Refleksi ke atas masalah/ penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu
tajuk.
2) Cadangkan satu strategi/ kaedah pengajaran untuk mengatasi masalah tersebut.

Masalah dalam pengajaran dan pembelajaran:
  • Kelemahan dalam teknik bercerita dalam tajuk sirah.
  • Kurang persediaan dan penguasaan terhadap tajuk.

Penambahbaikan

  • Memperbanyakkan bacaan ilmiah tentang kemahiran bercerita dengan baik.
  • Merancang dan membuat persediaan awal sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran serta menguasai keseluruhan tajuk pembelajaran.

Matlamat Umum

  • Memperbaiki kelemahan diri tentang teknik pengajaran dalam pembelajaran.

Cadangan strategi

  • Mencari, membaca dan memahami teknik-teknik bercerita dalam buku.
  • Mempraktikkan teknik bercerita yang didapati dalam pengajaran dan pembelajaran.
  • Bertukar-tukar teknik bercerita mengikut situasi/ respon pelajar di dalam kelas.
  • Meminta pandangan orang lain atau respon rakan-rakan guru terhadap teknik penceritaan sendiri.
  • Membuat persediaan awal.
  • Menguasai sepenuhnya tajuk pembelajaran.