* Sorotan ka atas bahan-bahan literature seperti buku, jurnal, artikel seminar dan laporan.
* Dilakukan secara kritikal ke atas point-point penting.
* Guru meneliti/menyelidik/mengkaji secara sistematik ke atas sesuatu amalan bagi tujuan penambahbaikan dalam bagaimana sesuatu pengajaran, teknik serta strategi dapat dipertingkatkan dan memberi impak kepada pelajar.
Literature Review
- Melihat bagaimana orang lain mengumpul data bagi sesuatu kajian.
Membandingkan dan Membezakan
- Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa.
Langkah Penggunaan:
- Perhatikan dan memberi tumpuan kepada satu atau beberapa ciri kajian tindakan (sampel, setting, prosedur, pengumpulan dan penganalisisan data.
- Kenalpasti ciri kajian tindakan itu.
MENGANALISIS
- Mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat.
- Kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubungkait antara bahagian dan mengenali prinsip yang terlibat.
- Menganalisis ialah sesuatu kemahiran yang kompleks menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir.
MENILAI
- Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara daripada segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti atau dalil yang sah.
- Kemahiran ini digunakan untuk membuatkan bagi:
- Memilih sesuatu
- Menerima atau menolak sesuatu idea
MEMBUAT KESIMPULAN
- Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan
- Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal dan menyokong pernyataan
MENSINTESIS
- Menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan, esei, lukisan dan artifak.
No comments:
Post a Comment