Saturday, May 23, 2009

ULASAN BUKU

BAB 1 : PENGENALAN KAJIAN TINDAKAN

Dalam bab ini, dinyatakan. Apakah itu penyelidikan?

* Penyelidikan ialah pengumpulan, perbentangan dan analisis data yang sistematik.

Kenapa perlu penyelidikan?
Terdapat 3 sebab,iaitu:

1. Untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran

- Penyelidikan sesuatu yang menarik dan sebagai salah satu cara untuk membina penerangan yang asas dalam sesuatu peristiwa atau fenomena. Pendekatan yang sistematik diperlukan dan terbina berdasarkan arahan dan organisasi. Semakin banyak asasnya, semakin meningkatlah pengajaran dan pembelajaran.

2. Untuk menjana teori baru

- Menurut teori Mcniff dan Whitehead (2005), kajian tindakan ini jelas dan memainkan peranan yang penting dalam menggalakkan guru untuk terlibat dalam penjanaan teori baru kerana guru mempunyai kuasa mencipta teori dan memperkenalkannya.

3. Untuk melihat perkembangan kemahiran berfikir pelatih

- Kajian tindakan penting dan berguna yang menjadi teraju dalam meningkatkan pengajaran dan pembelajaran serta menjana teori baru. Proses penyelidikan merupakan alat dalam pembangunan pemikiran pelatih menurut kajian Schon dan Brockbank et. al (2002).

Terdapat beberapa pendekatan dalam kajian iaitu 1) Positivisme, iaitu pendekatan yang mengiktiraf fakta dan pemerhatian dengan menyatakan bahawa keperluan dunia boleh dipertimbangkan melalui bukti emperikal dan pemerhatian saintifik serta keputusan kajian mestilah fakta dan benar.2) Interpretivisme, adalah anti-Positivisme dan menyatakan bahawa dunia ini adalah interpretasi oleh sesiapa yang mempunyai hubungan dengannya. Ia menggunakan pendekatan kualitatif yang mana pengkaji memahami persepsi individu tentang dunia. 3) Kajian Eksperimental, adalah berbentuk positivisme dan kajian kualitatif dan selalunya adalah hipotesis sama ada eksperimen tersebut diterima atau ditolak.4) Kajian kes, ini ialah pendekatan yang berguna kepada individu yang ingin membuat kajian tentang sesuatu aspek masalah atau isu secara mendalam. 5) Ethnography, bentuk kajian yang asalnya dibangunkan oleh antropologis yang berhasrat untuk mengkaji budaya sesuatu etnik secara mendalam.

BAB 2: MEMBUAT PENCARIAN DAN KAJIAN KEPUSTAKAAN

Dalam bab ini, penulis menerangkan tentang apa yang dimaksudkan dengan pencarian dan kajian tindakan. Sebelum memulakan pencarian, seseorang pengkaji itu mestilah mempunyai kemahiran membaca iaitu mengimbas, skimming iaitu membentuk keseluruhan idea tentang isi sesuatu buku atau artikel, membaca untuk memahami iaitu dengan membaca secara terperinci untuk mendapatkan isi-isi penting dan membaca secara cepat untuk melatih cara membaca supaya dapat meningkatkan kemahiran-kemahiran yang lain terutama kemahiran membaca. Manakala kajian kepustakaan pula menurut penulis adalah penting kerana apa yang kita baca dapat memberi kita idea yang praktikal serta inspirasi yang dapat membangunkan mutu kerja, membantu mengenalpasti sesuatu fokus dan sebagainya. Antara sumber kajian kepustakaan ialah perpustakaan yang sememangnya menjadi tempat untuk mendapatkan maklumat dan pelbagai ilmu. selain itu, melalui internet yang merupakan jaringan hubungan yang meluas serta terkini.

BAB 3: PENGUMPULAN DATA

Dalam proses pungumpulan data terdapat banyak faktor yang mempengaruhi pemilihan metodologi koleksi data. Tetapi yang terpenting adalah kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu data yang diperolehi. Antara metodologi yang selalu digunakan oleh bakal guru atau pelatih di sekolah ialah dengan melalui:

  1. Pemerhatian
  2. Penyoalan
  3. Temubual

BAB 4: ANALISIS DATA

Menurut Freeman (1998: 96), beliau menggambarkan tentang proses kajian tindakan sebagai menyiasat sesuatu. Sebagai pengkaji, kita merasakan bahawa kita telah mengetahui semua perkara, tetapi dalam melakukan penyiasatan kita memaksa diri kita untuk menyelidik untuk mendedahkan sesuatu, untuk bertanya bukan kerana kita adalah orang yang telah melakukan kesalahan tetapi untuk mencari kebenaran serta sebab berlakunye sesuatu. Untuk melakukan semua ini, Freeman telah mengenalpasti 4 jenis aktiviti yang diperlukan untuk menganalisis data iaitu:

  1. Menamakan
  2. Mengkategorikan
  3. Mencari hubungkait
  4. Menunjukkan hasil kajian

BAB 5: MENULIS LAPORAN

Menurut penulis, beliau menyatakan bahawa sebelum memulakan proses menulis laporan, kita hendaklah terlebih dahulu:

1- Merancang untuk menulis

Iaitu dengan memikirkan dan mencatat terlebih dahulu apa yang akan kita lakukan, kenapa dan bagaimana kita melakukannya, bagaimana kita menilai dan mentaksir, apakah jenis input dan apakah cadangan yang akan kita laksanakan untuk masa hadapan.

2- Menulis laporan-asas kaji selidik

Dalam menulis laporan pula, hendaklah mempunyai penerangan tentang projek penyelidikan dan pencarian yang diperolehi kepada orang lain. Kebanyakan laporan mengandungi kandungan seperti berikut:

  1. Muka Depan
  2. Penghargaan
  3. Isi kandungan
  4. Abstrak/Ulasan/Sinopsis
  5. Pengenalan
  6. Kajian Kepustakaan
  7. Metodologi
  8. Hasil dapatan
  9. Analisis/pentaksiran/perbincangan
  10. Kesimpulan
  11. Cadangan
  12. Bibliografi
  13. Lampiran

BAB 6: MANFAAT DARIPADA KAJIAN TINDAKAN

Hasil daripada kajian tindakan yang dilakukan, seharusnya mempunyai faedah serta manfaat kepada orang sekeliling kita. Antara manfaat yang dapat diperolehi daripada kajian tindakan ialah:

  • Kita dapat berkongsi hasil kerja kita sebagai sebahagian daripada proses penilaian.
  • Melalui perbentangan kita dapat mengetahui kelemahan yang dilakukan tanpa disedari
  • Dapat mempengaruhi dalam melakukan perubahan dan pembangunan
  • Pembangunan yang profesional untuk membantu staf
  • Dapat bekerja sebagai rakan dalam satu pasukan
  • Dapat bekerja bersama ahli profesional yang lain

No comments:

Post a Comment